~*MY SLIDESHOW*~

1:48 PG

WANITA INGKARI SUAMI PALING RAMAI JADI PENGHUNI NERAKA

Suami adalah seseorang yang wajib di taati selagi mana dia tidak menyuruh melakukan perbuatan maksiat kerana tempatnya adalah yang paling utama di kalangan manusia bagi seseorang isteri seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Kalau aku memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, tentu aku perintahkan wanita untuk bersujud kepada suaminya" (At-Tirmizi)

Selain itu, menceritakan keburukan orang lain adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam apatah lagi mengenai seorang yang masih bergelar suami. Hadis Rasulullah SAW bermaksud "Di perlihatkan kepadaku neraka ternyata penghuni yang terbanyak adalah wanita kerana kekufuran mereka. Kemudian ditanyakan kepada Baginda: Apakah mereka ingkat kepada Allah Taala? Baginda menjawab: Tidak, tetapi mereka mengingkari suaminya. Kalau sekiranya engkau berbuat baik kepada seorang daripada mereka, kemudian di dapati pada dirimu sesuatu yang tidak kena baginya, dia (isteri) berkata: Aku tidak melihat dari kamu satu kebaikan apa pun."
Muttafaqun Alaih.

Islam mengajar cara menangani konflik rumah tangga sebelum memilih jalan terakhir, iaitu perceraian. Antaranya seperti berikut: Pertama, Islam memberi kuasa dan kebenaran kepada suami agar menasihati isteri jika berlaku apa yang tidak berkenan di hati dan menyalahi syariat, jika masih tidak mengendahkan nasihat suami, suami boleh memulaukan isteri dari tempat tidur, bagi memberi masa kepada isteri supaya dia dapat berfikir mengenai kesalahan yang dilakukan, dan bersedia memohon kemaafan daripada suami. Jika cara itu masih tidak berkesan maka suami berhak memukul isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sampai kepada tahap itu isteri masih wajib taat pada suami dan tidak menceritakan kepada orang lain masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, jika konflik itu tidak juga dapat diselesaikan, maka bolehlah merujuk kepada Pejabat Agama Islam setempat yang akan melantik Jawatankuasa Pendamai bagi membincangkan perkara berkenaan. Jika perbincangan tidak memberi kesan dalam menjernihkan suasana, perkara berkenaan boleh difailkan di Mahkamah Syariah bagi proses perceraian.