~*MY SLIDESHOW*~

8:14 PTG

KEMATIAN MICHAEL JACKSON


LOS ANGELES: Suasana hiba dan tangisan ratusan peminat mengiringi kematian raja pop, Michael Jackson di pekarangan hospital di sini, hari ini.

“Sehingga saat ini, saya tidak percaya kami kehilangan raja penghibur yang tiada tandingannya," kata Lana Brown, 49, dari Dallas yang air mata berlinangan.


Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael.

Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu.

“Saya amat terkejut kerana tiada siapapun yang
terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya. "Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael.

Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya.

Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan.
“Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan muzik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair.

“Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya.


Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia.
“Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami.

"Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya," katanya. - AFP