~*MY SLIDESHOW*~

7:40 PTG

Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea….



Novel ni adalah novel yang terbaru baru je aku beli…hehehehe…”Selagi Ada Dia”…em….best gak jalan cerita dia but aku je yang belum abis baca lg….huhuhu…xpela jom kita baca dulu synopsis karya novelis Aisya Sofea…heheheh…(idola aku ni)


PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya…

Tahun berlalu….hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihnya dia?

Wow….novel ni memang best…novel terbaru aku ni ntah novel yang ke berapa selepas novel2 aku karya Aisya Sofea, Norhayati Berahim, Damya Hanna, Aina Emir, Ramlee Awang Murshid & sape lg sorang lg novelist u aku pun tak ingat nama dia…hehehe…Yang paling aku suka baca novel Adam & Hawa, Kau Sayangku (pernah jadi drama “Dari mata Arisa” kat TV2), Kabus Kasih, Sesuci Cinta, Gelora Jiwa & karya Norhayati Berahim….hehehe…

Pada yang minat novel tu sila2lah dapatkan novel Selagi Ada Dia ni ye…mmg best & mesti tak jemu membacanya….hehehehe….(pomot nampak….)ekekekeke…..

~*Ayu*~